Pingu Pingu Kutub Seberang.

Tuesday 1 October 2013

GRAPE LOLLIPOP.



Assalamualaikum W.B.T

just a moral story.


ini Zareen, umur dia 4 tahun(tibai ja), dia baru sahaja khatam iqraq 1. Sehubungan dengan itu, Zaween, yakni kakak Zareen bagi lah reward sebab dia dah habis iqraq 1 dan dah masuk iqraq 2. Zaween bagi 2 lollipop, satu dah bukak plastik, satu lagi yang masih bebalut rapi. apa motif dia aku pon taktau.

Zareen pon pegi la taman permainan nak main jongkang jongket sambil menikmati lollipop dia tu. nak dijadikan cerita, Zareen ni clumsy sikit, ke banyak? aku pon tak pasti. hmmm. so tengah on the way nak pegi main jongkang jongket dia terjatuh kan dua dua lollipop tu. 


yang tak berbalut,


dan yang berbalut.


without thinking twice, Zareen kutip balik lollipop yg dah jatuh tu, . . . . . . . . . lollipop yang berbalut.


dan biar je lollipop yg tak berbalut tu dekat atas tanah tu. yelah dah kotor, takkan dia nak makan kot.

macam tu jugak dengan aurat dan hijab kita. kalau aurat kita terdedah, mudah untuk perkara perkara negatif dekat dengan kita. tapi sebaliknya kalau kita jaga aurat kita tutup mana yang patut, insyaAllah, semuanya akan terjaga.

p/s: macam tak berapa nak sampai pulak moralnya. hmph.



Monday 12 August 2013

Perang Duit Raya.

Assalamualaikum
[wajib dijawab]

alhamdulillah selamat sebulan kita berpuasa. menjelanglah raya yang cutinya sekejap. huii, tak puas den bercuti hah, tak sempat nak beraya rumah kawan kawan lama dan baru. tapi nak buat macam mana kan. tak baik kita nak mengeluh, Allah tak suka.

so time time raya nih, aku hanya lepak di kampung tengok gelagat sepupu sepupu dan anak anak sedara yang kecik kecik tu, ada yang nak lawan gusti dengan aku, ada main pusing pusing, sampai pusing aku nak layan depa. tapi antara kerenah kerenah time time raya yang macam kemestian adalah


tapi entah raya tahun ni macam ada kelainan pulak dengan budaya nih.


mak mak yang mintak duit raya untuk anak anak deme. risau sungguh kalau anak anak deme nih tak dapat duit raya. haha

p/s den dah besar pon dapat lagi duit raya, Alhamdulillah. bagilah lagi.~

Thursday 25 July 2013

Give Away | Bagi Belah Kartunster #2

ASSALAMUALAIKUM.

Zaman aku berpuasa dan beraya masa kecik-kecik dulu best gila. 
Aku ingat lagi, masa tu aku cukup liat sangat nak bangun untuk sahur, kalau mak aku kejut aku bukan main payah lah aku nak bangun, bersahur dalam keadaan mamai, sampai kadang kadang time tengah sahur pon tertidoq jugak.

nak dipanjang kan cerita. satu malam di bulan ramadhan tu, mak aku suruh abang aku beli minyak tanah. yelah nak pasang pelita memang lah kena ada minyak tanah, kalau pakai minyak masak... hmm tak pernah try lagilah.




time tu incle kedai mamak tu memang supply minyak tanah dalam botol ayaq mineral.


pagi tu, time sahur. sesungguhnya aku masih di alam tidur kalau nak diikutkan. tapi sebab tak mau mak aku membebel aku gagah bangun jugak. jadi keadaan aku sangat mamai pada waktu tu, nak disedapkan lagi cerita, entah lenapa aku rasa pedas pulak lauk pagi tu. mungkin sebab mamai, tu yang bertambah pedas tu. :D 





.
.
.
.
.
.
.
.

ya, aku minum minyak tanah itu.
.
.
.
.

ALHAMDULILLAH. i'm fine. :D


Saturday 1 June 2013

What A Timing!

Assalamualaikum.
[silakan jawab salam itu]

this happen on my second semester as a student. tengah dalam sesi pembelajaran Bahasa Inggeris dan antara hari yang bosan di dalam kelas yang bosan  biasa.

aku selalunya memang akan silent kan phone aku tu, sebab dia punya volume tersangatlah kuat. biasalah, phone made in china. bayangkan aku pasang jam loceng pagi pagi. sampai ke Aras 0 boleh dengar bunyi alarm aku tu. fiuhhh. tapi untuk haritu, entah kenapa hati aku cakap "tak payah silent lah phone nih. bukannya ada orang nak call or ber-pesanan ringkas dengan aku pon." 
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
habis sahaja sesi meng-revise isotonik . lecturer aku tanya.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




[video][itulah ringtone message aku]






what a timing!! memang tengah tak ada orang nak bertanya pulak tu.



habis kelas aku pon tengoklah message tu. and



GRRRRRRRRRRRR~

tapi okay lah jugak. idok le bosan sangat kelas tu untuk haritu.

p/s: always remember to silent up your phone before you enter the class. T___T



Saturday 25 May 2013

Lipas Kebas Awesome!

Assalamualaikum.

dah lama aku membawa diri ke dunia Arau untuk menjalankan tanggungjawab belajar aku. tapi orang selalu cakap, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik negeri sendiri ye dak? hahaha. aku pon balik la ke Taiping. sebab cuti sem. kalau tak, payoh nak balik. as soon as last paper aku habis, aku terus lompat atas bas balik.




dah sampai Taiping, hah salam lah siapa yang patut. siap pakai baju kerja lagi Abah aku.




sampai sampai rumah, aku terus menuju kebilik. wahhhh! lamanya tak tengok bilik 'bersih' aku ni. dan yang paling penting, dah lama tak rasa tidur dalam kesejukan aircond!!! 


tapi bila aku on je air cond tu, dia bunyi "kreekk krekk krekkk~". aku agak agakkan mungkin la aircond tu dah rosak sebab lama tak guna, kotlah mana mana engsel yang dah haus dan memerlukan tambahan minyak. so aku biarkan je la bunyi tu berlarutan. dengan tanggapan "sat lagi dia elok lah tu".





but then, just a few minute of my thought ada something yang keluar dari aircond tu......'berterbangan'. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
LIPAS.



tanpa berfikir dua tiga empat lima enam kali, aku terus berlari keluar bilik. kusss semangat. aku sangat tak kesah kalau lipas tu berjalan, tapi kalau dia mula guna sayap dia memang aku tak suka. tapi aku terpikir jugak, apa ciri ciri yg ada dalam aircond tu sampai mereka mereka ini suka nak bermastautin kat situ? kira awesome jugak lah spesis lipas dekat rumah aku nih ye? hmmm. bagi aku benda ni RARE. tak tahu la kot dekat korang tak rare.

p/s: lipas macam kumbang 


Friday 29 March 2013

Khusyuk ~ Solat


Assalamualaikum

pernah tak hangpa mengalami situasi macam ni. dulu time aku sekolah dulu, ustazah aku ada cerita kalau nak khusyuk dalam solat, kita kena bayangkan ALLAH ada kat depan kita dok memerhati kita solat. dengan cara tu, kita akan rasa takut, dan insyaAllah akan khusyuk solat kita. aku try buat, tapi it ended up aku teringat apa yg ustazah aku cakap time aku tengah solat. still tak khusyuk sebab aku dok teringat benda lain selain Allah.

ustaz time aku sekolah dulu pon ada bagi tis untuk khusyuk solat, 
1. kita kena faham makna bacaan solat kita, jangan cuma hafal ja. maybe ramai dah hafal makna Al-Fatihah, tapi macammana pulak dengan bacaan tahiyat, doa iftitah, bacaan waktu rukuk? tak ramai yang ambik tahu makna dia.

2. sentiasa ingat Allah sedang memerhati kita. dan sentiasa kena ada rasa takut dan sayang kepada Allah.

3. kita boleh mintak tolong Allah bantu kita khusyuk dalam sembahyang dengan baca surah An-Nas sebelum Takbirratul Ihram.

aku pon ada jugak google, pasal khusyuk nih. 

wudhu' ada 2. whudu' zahir dengan batin. 
WHUDU' ZAHIR- whudu' yang selalu kita ambik time nak solat.
WHUDU' BATIN - membasuh jiwa kita dengan beberapa perkara iaitu
1. bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki

ada jugak kisah, seorang abid kalau tak silap Hatim Al-Isam. dia cerita pasal macammana dia cuba cari kekhusyukkan dalam solat dia. dia kata sebelum angkat takbirratul ihram, dia bayangkan dekat depan dia ada Allah dok perati dia. sebelah kanan ada Syurga, belah kiri ada Neraka and belakang dia ada Malaikat Maut. lepas tu dia bayangkan lagi, dia tengah dok ada dekat ata titian Sirratul Mustaqim dan solat dia tu adalah solat dia yang terakhir. dengan cara macam tu, dia dapat kekhusyukkan tu.

IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. 

kalau ada orang tengah sembahyang, mintak hormatlah. sebab kadang kadang sebab kita dok bising time dia sembahyang habis solat dia tak khusyuk. nak sembang boleh tapi slow slow lah.

entry kali ni sekadar nak bagi ilmu dekat penjeguk blog aku and diri aku sendiri. kadang kadang kita ni lalai. manusia, sentiasa buat kesilapan dan dosa.

p/s: kita bukan MAKSUM (harap betul ejaan tu) macam Rasulullah S.A.W yang tiada dosa.
p/s: kalau ada benda benda yang salah tulis atau fakta yg salah mintak tegur lah aku.

Friday 22 March 2013

Tips : Cara Mengurangkan Kepanasan Dunia

Assalamualaikum.
cheq bg salam tu harap sudi la hampa nak jawab. tak sudi pon takpa. (tapi bukan jawab salam tu wajib ke?)

cut the crap Alin.

saya sebagai anak jati Taiping yakni kawasan yang nisbah hujannya sangat tinggi merasakan seperti culture shock bila duduk dekat Arau nih. dekat Arau nih, perghhh panas dia sangat tak boleh blah. senang explain panaih la dok dekat Arau ni. namun sebagai student dan juga manusia, cheq teruihkan jugak pengajian cheq. so cara untuk aku mengurang kan kepanasan dunia nih adalah dengan.


tu jelah cara yang senang untuk aku mengurangkan rasa panas aku, nak dok depan kipas, kipas pon macam kura kura. :/ ni lebih kurang macam tips la untuk hampa hampa sekalian. tapi untuk panas dunia jelah, panas akhirat mintak maaf la noh, cheq tak dapat nak tolong. :P

p/s: kalau hampa ada cara hampa mengurangkan panas, bagitau lah aku, nanti aku boleh try cuba. :D 


Saturday 5 January 2013

Rare Behaviour - Kebal Sejuk.

Assalamualaikum.

sekarang musim dah tak berapa nak menentu. sepatutnya dekat ARAU, Perlis rumput-rumput semua dah kering dan berwarna coklat, tanah pon sepatutnya merekah. tapi sekarang rumput masih hijau, angin gila punya menyepoi bahasa, dan tanah juga lembab. hujan renyai2 tapi jarang berhenti, S.E.J.U.K.

tapi dalam kesejukan yang amat sejuk lagi menyejukkan bagi bulan 1 yang rare weather-nya. aku jumpa sejenis manusia yang juga rare dalam cuaca yang rare ni.


She ate SOLERO ice cream while walking in the middle of the heavy rain. weird enough for me.

time tu aku dok terpikir, dia ni tak sejuk ke? nak kata pakai baju tebal or sweater ke tak pon, just a thin baju kurung. kulit apa tak tahu dia ni. aku takde idea yang logik untuk dipikirkan macammana dia boleh makan ais krim time hujan. hampa boleh pikir?

- aku banyak lemak pon still rasa sejuk, berselubung selimut bagai-

p/s: orang kelabu kat tepi tu macam tiada function ja.