Pingu Pingu Kutub Seberang.

Saturday 21 January 2012

Perlukah Kau Ada Time Chinese New Year??

Assalamualaikum.

yaaahh, by the time being, ak tengah dok mendengar bunyi tikus buat party dekat dapur rumah ak.
it's feel goooooooooooooooooooooood.

okay, tamau panjang panjang cerita, sebab ak buat entry di blog, dan bukan buat novel. jadi moh lah kita teros melangkah ke benda utama yang ak memang nak cerita.

Tahun baru cina dah dekat, so most chinese are doing last preparation for their raya. memang lah secara keseluruhan ak takdak kena mengena langsung dalam mereka punya raya. tapi, dah nama pon satu Malaysia. jadih ambik tau lah sikit. kan. kan. kan. :P plus ak dapat lah untung jugak bila mengambil tahu hal hal depa. antaranya:
dapat limau mandarin berkotak kotak, since most jiran ak Chinese. :)  LIKE!
dapat Angpau dari jiran sebelah menyebelah. :D LIKE!

but apparently, ak tak suka satu benda nih, hitam. sukakan lampu, bunyi bising dan ia boleh terbang.

RIANG-RIANG

atau ak suka panggil dia CENGKERIK. really really really really hate it. nak tengok gambaq 'dia' secara dekat? silalah google, dan anda akan tahu, kenapa ak tak suka dalam kurungan takut dengan menatang alah tu.

ak memang rimas, kalau benda tu dok bising kat dalam rumah ak. pastu main langgaq langgaq lampu pulak. nak pukol ta berani , apatah lagi nak pegang dan buang, jadi, ak hanya boleh marah 'dia' ja lah. tengah2 dok maki bin hamun 'dia', tiba tiba dia mai hinggap kat kaki mengerutu ak, ap lagi, LARIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!.

 the best solution ever.!

p/s: ak nak bagi somethinglah untuk follower ke seratus nantih.

Saturday 14 January 2012

Tengok Cerita Hantu? Gelaklah Apa Lagi! wahahaha!

Assalamualaikum,

sidang hadirin yang dihormati, para blogger, dan semua yang sedang membaca.

Waaaaahhhhhh! macam forum gitu. haa, ak sekarang tengah malaih nak update blog nih, tapi ak gagahkan juga. :)

okey, dah lama ak tak keluar menghirup udara samar-samar segar ni, so ak aritu decided nak keluar sambut birthday kawan ak. Asyraff Fadli. so kami keluaq pi TS. lebih specific, Taiping Sentral. kang hampa pikir Time Square kang payah pulok.

kami pi tengok wayang, cita Sesuatu Yang Tertinggal. haha. ak sememangnya terlupa, kawan ak sorang nih memang penakot sikit. tapi still dok teringin nak tengok cerita seram, ceitt, podahhhh!

tapi kan, sepanjang dok kat dalam panggung yang gelap bin gelita tu, bila ada scene hantu keluaq ja, ak tak menjerit ketakutan, tapi ak menjerit kelucuan. ak dok gelak ja bila hantu keluaq. tak rasa takot, tapi rasa lawak. dengan kawan ak hat perempuan, Alia Hanini , dok paut kat lengan ak, sebab takot. ak kerja dok gelak ja.


  [jangan salah paham, ak yang dok blakang tu ye, ak tak mampu nak jadi secantik budak depan tuh]

p/s: jom lah kita ramai2 usha blog Alia Hanini nih.

p/s: still, ak tatau pasaipa ak dok gelak sakan. padahai tu scene horror. hahaha. sapa tau kenapa, sila bagitahu ak. :)

Tuesday 10 January 2012

Minah Pisang Goreng pon Kelass Apa.

Assalamualaikum.

dah dekat sebulan lah jugak ak menganggur. penat lah dok rumah goyang kaki ja.! sekali sekala nak jugak ak keluaq menghirup udara yang segar, walaupun hakikatnya udara dah tercemar sebenaqnya.

so tetiba rezeki ni sampai, sorang makcik yang menjual pisang goreng, yang sememangnya mejadi tempat pertama kami semua anak beranak pi beli pisang goreng dia ajak ak tolong dia. memang sebelum ni ak ada tolong dia jugak. so memang seronok lah kerja kat situ. gaji boleh tahan jugak seh. sehari RM 12. banyakkk tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. kan kan kan.

p/s:  ke ak sorang ja yang pikir RM12 tu banyak?

Tuesday 3 January 2012

Mengajar Bukan Kerjaya Aku.

Assalamualaikum.

sepanjang bergelar EX-STUDENT Sekolah Menengah nih, ak dok rumah goyang kaki, goyang tangan, goyang kepala and said "Ahhh...Streessssss". ak pon tataw apasal ak perkataan tu terpacul dari bibir bak Angelina Jolie ak nih. haha. Entah apa yang ak stress pon ak tataw. haha.

adalah satu hari nih, adik ak yang baru na menjangkau darjah 2 tengah dok baca buku Upin Ipin. ak pon saja la nak bagi dia rimas, ak duduk sebelah dia. dia pon buat derk ja ngan ak. pastu ak biaq jala dia membaca bait bait ayat kat dalam buku tu. memang ak tersentap lah seyh dengaq dia baca, ter agak agak ja nak baca. ak pon dengan ketidak relaan hati pon tolonglah adik ak membaca.


but macam besalah, bagi someone yang hot-tempered + tak sukakan kanak kanak, jadi ak pon cepat marah sikit. besalah, sesitif sikit hati nih :p ak pon apa lagi tak tahan dengan kesalahan yang adik ak selalu buat dengan dok gagap nya nak baca. ak pon mula mengeluarkan kata kata yang tidak elok untuk didengar. !@#$%^&*.. dan sekali lagi ak mengeluarkan perkataan ni. "Arhhhh..... streeeessssss!". seraya blah dari pandangan adik ak yang sedang memandang dalam keadaan konfius.

conclusion nya, ak memang tak layak dan sememangnya tidak minat untuk mengajar sesapa. tapi ak bukan kedekut ilmu naa... ak cuma tak reti nak mengajaq orang apatah lagi haiwan.

p/s: Mak ak mengharap ak dapat masuk Maktab. Tidakkkkkkkk!!!

p/s: nak cari kerja.

Sunday 1 January 2012

CMM- Cinta Manusia Monyet

Assalamualaikum...









Tapi, walau macammana besar pon cinta kita kepada seseorang, cinta itu tidak boleh lebih daripada cinta kita kepada Allah.


p/s: time na lukis, mencurah curah idea. start ja pegang mouse, terus hilang semua idea idea bernas. nasib..

p/s: ayat ak ta jiwang, ayat ak ta romantik, tapi ak ayat ak ikhlas.