Pingu Pingu Kutub Seberang.

Monday 17 September 2012

Tutorial: Keychain Kotak.

Assalamualaikum, harini aku nak buat tutorial pulak. jom terjahhh!

haippp!! sabar dulu, biar aku bagi briefing dahulu tentang ini tutorial.

untuk pengetahuan dan peringatan kome, ini tutorial bukan pasal nak bagi cursor korang glitter ke hape. ini tutorial adalah tentang cemana nak buat gift untuk kwn kome, atau musuh kome, tapi tolonglah jgn mengharap aku nak buat teddy bear kat sini.

okay, today, aku nak buat key chain kotak. yessss, it is key chain, and yess it made up from kotak.


untuk kotaknya, tak kisah lah kotak apa pon, coklat ka, apa ka, tapi teman prefer kotak ubat gigi, jgn ambik kotak yg beso yang orang buat time nak pindah rumah tu pulak, kang tak jadi key chain jadi statue pulak. :D pastikan saiz dia sesuai untuk dijadikan keychain.

cara cara nya ialah.
dahtu, kome potong la kotak tu jadi dua, tapi kalau nak buat satu kotak tu terus pon buleh, tak da masalah.

seusai tu, ukur tinggi kotak yg kome dah potong, and tambahkan dekat huruf yang kome na letak, so nanti boleh lipat benda tu. huruf, tak kisah apa pon, ikut suka kome leh, teman dak kisah pon. PASTIKAN yang belakan, ukuran dia lebih kecil dr yng dpn.

lepastu potong kotak tu jadi ikut ukuran yg kome dah buat. dan lipat yg selebihnya dan gamkan, apa jenis gam pon tak kesah, gam gajah, gam uhu, gam ubi kayu, dan selotape pon boleh guna, tapi lebih elok kalau guna uhu dan gam gajah duduk.

lepas tu, tebuk bahagian atas n tepi kotak yg dah dibuat bentuk F tu. dan masukkan ring. barulah nampak mcm keychain. :)

kalau kome nak bg dia jadi nonporous a.k.a waterproof salotape kan dia. ? kalau kome ade care yang lebih baik, gunalah cara yang lebih baik. :)

selamat mencuba, kalau ada yang nak cubalah. :)

p/s: nak berkome-teman pulaklah. :)

Saturday 1 September 2012

Mesin Gedegang Dan Seringgit Baru


Assalamualaikum.

raya haritu aku dapat banyak gila duit seringgit baru, banyak sangat. aku sangat happy dek kerana colournya terang benderang bak boxer tourist. kohkohkoh. tapi keseronokan tu tak tahan lama, sebab..............

bila nak beli air dengan encik gedegang menggunakan duit seringgit yang baru dan masih berbau bank.......
encik gedegang mesti muntah kan balik duit itu. hal ini kerana, encik gedegang tidak meng-setkan dirinya untuk menghadam duit tersebut walaupun ianya berbau wangi seperti bank. (wangi kah)



akhirnya encik gedegang dipulaukan oleh orang ramai dek kerana sikap nya yang cerewet dalam memilih makanan.

p/s: apakah jenis entry ini? malu pulak aku post entry nih. huuuuuu.

p/s: cuba teka jenama air apa yang ada kat mesin tu berdasarkan warna.