Pingu Pingu Kutub Seberang.

Wednesday 28 December 2011

Payah Na Pakai.

Assalamualaikum.


Semenjak ak dah habis sekolah ni. ak memang ta penah keluaq pi mana mana. memerap kan diri serta membela badan.  ok tipu la kata ta keluaq, ada la jugak ak keluaq pi cari kerja. hmm.
memandangkan ak selalu dok rumah, jadi penggunaan seluaq juga berleluasa lah. tambah plak sekarang musim hujan, so baju yang dijemur lambat na kering. jadi memang completely ak tada seluaq dah nak pakai.


tiba tiba, ak dapat satu idea yang memberangsangkan.... kotlah.


ak nak pakai kain batik sepanjang dok kat rumah. jadi ak mintak tolong Pn Siti, untuk tolong ak pakai kain batik yang memang ak ta pandai pakai. plus, in order na jadi wanita yang ayu lagi berseri kan.


jadi bermulalah sesi memakai kain batik. tapi malang, ak payah nak diajaq. suruh macam lain, lain yang ak buat. 


akhirnya, mengalah.........

p/s: macam mana pon kena belajaq jugak, budaya melayu. ^^

Monday 26 December 2011

Menggelebeh.

Assalamualaikum.




Hakikatnya.

benda benda mcamnih memang ditakuti kaum wanita.
so kepada wanita wanita, kalau taknak kelihatan gemok, pandang lah cermin dengan melihat arah hadapan, nescaya confident level anda akan tinggi. haha, jangan ikot pandangan sisi, nescaya confident level anda jatuh mendadak.

p/s: beauty is subjective.
p/s: look into yourself and you will find your true beauty.

Wednesday 21 December 2011

Salah Makan Kaki Ayam

Assalamualaikum.

   orang selalu kat, cara pemakanan akan membentuk seseorang itu. bila ak dengaq ja ayat ni, aku akan tekenangkan kesilapan yang ak dok buat.

   dulu dulu, time zaman ketidakmatangan ak, ak ada tedengaq orang cakap yang makan kaku ayam boleh jadi tinggi. memandangkan ak ni rendah, so keinginan ak untuk jadi tinggi memang membuak buak lah dalam dada ak nih.



     start dari situ lah ak mula makan kaki ayam banyak banyak, sampai kalau mak ak masak sup ayam, ak bedal suma kaki ayam tuh, ta kira la berkuku ka  tak[kencing]. kadang tuh sampai hat orang punya pon ak tibai, dah depa ta mau makan, ak kebas la.

     then satu insiden dah berlaku yang membuatkan ak terkejut tahap yang teramat sangat. satu malam yang dingin, ak dengan kawan kawan ak nak pi  makan supper dekat dewan makan asrama. menu hari tu mee sup. semestinya ada kaki ayam, kalau tak, ak tak cita la.

     tengah dok makan makan, ak ternampak, kaki ayam dalam mangkuk kawan ak yang tak terusik pon lagi. ak pon yang sememangnya mempercayai bahawa kaki ayam boleh meninggikan pon mintak lah kaki ayam tu kat dia.tambah pulak ak na elakkan dia dari membazir[konon]. dia pon ta banyak kerenah, dia bagi jala benda alah tu kat ak.

     tiba tiba dia tanya ak, "hang memang suka kah makan kaki ayam nih?"
ak pon cakap lah "A'ah, mak ak kata[menipu] kalau maka n kaki ayam boleh jadi tinggi, tu yang buat ak makan tuh."

     lepaih tu semua kawan kawan ak pandang  ak sambil gelak kuat kuat. ak pon pelik lah, pasaipa depa gelak kat ak. lepaih tu kawan ak cakap "Wei makan kaki ayam nih bukan jadi tinggi la, tapi jadi gemuk lah." ak pon macam nak percaya tak nak ja. dia sambung lagi, "lagipon hang tengok ayam tu tinggi ka? tambah tambah ayam katek."



ak senyap tanpa kata dan penuh sesalan.

p/s: patot ak ta tinggi tinggi, tapi makin membesar ikot kelebaran.

p/s: sekarang nih walaupon ak dah taw the truth tapi ak still makan lagi, dah jadi macam satu tabiat. :(

Saturday 10 December 2011

Kau Si Pelahak.

Assalamualaikum.

sedikit komik strip..



kalau kat 'kawasan' ak, ramai budak yang comel, cantik, cun hottsetap, sumanya mesti kuat belahak. kenapa yek?

ak lukis lama dah, cuma malaih na upload. ak wat nih time bodo bodo lagi. so hodoh sikitlah (kot).
p/s: kalau ta cantik macam Fatin Osman punya apa boleh buat, dia way to good than me. :)

Wednesday 7 December 2011

Masyarakat Sampah.

Assalamualaikum.


sedikit comic strip (kot) tentang sampah. macam yang iklan dalam radio hits.fm "what malaysian do the best is littering". orang Malaysia ni selalu sangat buang sampah. kalau buang sampah dalam tong sampah takpalah. ni buang merata.

Aku maybe la bukan seorang yang pengemas. But atleast I don't litter. bukan nak membangga ka apa, tapi aku akan kutip mana mana sampah yang aku rasa menyakitkan deria penglihatan aku nih. tapi kalau banyak sangat sampah merata rata, jenoh la aku nak kutip. setakat dua tiga tu aku mampulah lagi.

Hangpa dok kata kat mat-mat rempit, drug dealer tu sampah masyarakat. sebenaqnya, sapa yang dok lempaq sampah merata  tu la sampah masyarakat, atau lebih sedap Masyarakat Sampah. apa kena mengena mat rempit dengan sampah ntah. tak boleh ka hampa biaq sungai, rumput tepi jalan, pokok bunga tu bersih?

our earth are dying, one way to cure it is by avoid littering. can all Malaysian do this?

p/s: jaga la alam sekitar kita. kalau bukan kita nak jaga alam sekitar kita, sapa lagi? Haiwan? Alien?

Saturday 3 December 2011

Suma Orang Nak Menang Kan.

Assalamualaikum.
nothing much to say, just na kongsi pendapat ni.

selalu kan tengok scene yang macam ni.




kalau bola kalah....




kalau bola menang.......

hmph.. nasib la ak bukan fanatik bola. boleh la ak tulis pasal benda ni.

p/s: tapi Alhamdulillah skuad Harimau Malaya menang. Selamanya Selamanya Selamanya Harimau Malaya. :D