Pingu Pingu Kutub Seberang.

Saturday, 25 May 2013

Lipas Kebas Awesome!

Assalamualaikum.

dah lama aku membawa diri ke dunia Arau untuk menjalankan tanggungjawab belajar aku. tapi orang selalu cakap, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik negeri sendiri ye dak? hahaha. aku pon balik la ke Taiping. sebab cuti sem. kalau tak, payoh nak balik. as soon as last paper aku habis, aku terus lompat atas bas balik.




dah sampai Taiping, hah salam lah siapa yang patut. siap pakai baju kerja lagi Abah aku.




sampai sampai rumah, aku terus menuju kebilik. wahhhh! lamanya tak tengok bilik 'bersih' aku ni. dan yang paling penting, dah lama tak rasa tidur dalam kesejukan aircond!!! 


tapi bila aku on je air cond tu, dia bunyi "kreekk krekk krekkk~". aku agak agakkan mungkin la aircond tu dah rosak sebab lama tak guna, kotlah mana mana engsel yang dah haus dan memerlukan tambahan minyak. so aku biarkan je la bunyi tu berlarutan. dengan tanggapan "sat lagi dia elok lah tu".





but then, just a few minute of my thought ada something yang keluar dari aircond tu......'berterbangan'. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
LIPAS.



tanpa berfikir dua tiga empat lima enam kali, aku terus berlari keluar bilik. kusss semangat. aku sangat tak kesah kalau lipas tu berjalan, tapi kalau dia mula guna sayap dia memang aku tak suka. tapi aku terpikir jugak, apa ciri ciri yg ada dalam aircond tu sampai mereka mereka ini suka nak bermastautin kat situ? kira awesome jugak lah spesis lipas dekat rumah aku nih ye? hmmm. bagi aku benda ni RARE. tak tahu la kot dekat korang tak rare.

p/s: lipas macam kumbang 


1 comment:

tenku butang said...

ARGHHHHHH.. geliii.. x suka lipas.. kalu teman lea kat situ.. dh lari jauh2 x masuk bilik dh.. hihihi