Pingu Pingu Kutub Seberang.

Friday 29 March 2013

Khusyuk ~ Solat


Assalamualaikum

pernah tak hangpa mengalami situasi macam ni. dulu time aku sekolah dulu, ustazah aku ada cerita kalau nak khusyuk dalam solat, kita kena bayangkan ALLAH ada kat depan kita dok memerhati kita solat. dengan cara tu, kita akan rasa takut, dan insyaAllah akan khusyuk solat kita. aku try buat, tapi it ended up aku teringat apa yg ustazah aku cakap time aku tengah solat. still tak khusyuk sebab aku dok teringat benda lain selain Allah.

ustaz time aku sekolah dulu pon ada bagi tis untuk khusyuk solat, 
1. kita kena faham makna bacaan solat kita, jangan cuma hafal ja. maybe ramai dah hafal makna Al-Fatihah, tapi macammana pulak dengan bacaan tahiyat, doa iftitah, bacaan waktu rukuk? tak ramai yang ambik tahu makna dia.

2. sentiasa ingat Allah sedang memerhati kita. dan sentiasa kena ada rasa takut dan sayang kepada Allah.

3. kita boleh mintak tolong Allah bantu kita khusyuk dalam sembahyang dengan baca surah An-Nas sebelum Takbirratul Ihram.

aku pon ada jugak google, pasal khusyuk nih. 

wudhu' ada 2. whudu' zahir dengan batin. 
WHUDU' ZAHIR- whudu' yang selalu kita ambik time nak solat.
WHUDU' BATIN - membasuh jiwa kita dengan beberapa perkara iaitu
1. bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki

ada jugak kisah, seorang abid kalau tak silap Hatim Al-Isam. dia cerita pasal macammana dia cuba cari kekhusyukkan dalam solat dia. dia kata sebelum angkat takbirratul ihram, dia bayangkan dekat depan dia ada Allah dok perati dia. sebelah kanan ada Syurga, belah kiri ada Neraka and belakang dia ada Malaikat Maut. lepas tu dia bayangkan lagi, dia tengah dok ada dekat ata titian Sirratul Mustaqim dan solat dia tu adalah solat dia yang terakhir. dengan cara macam tu, dia dapat kekhusyukkan tu.

IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. 

kalau ada orang tengah sembahyang, mintak hormatlah. sebab kadang kadang sebab kita dok bising time dia sembahyang habis solat dia tak khusyuk. nak sembang boleh tapi slow slow lah.

entry kali ni sekadar nak bagi ilmu dekat penjeguk blog aku and diri aku sendiri. kadang kadang kita ni lalai. manusia, sentiasa buat kesilapan dan dosa.

p/s: kita bukan MAKSUM (harap betul ejaan tu) macam Rasulullah S.A.W yang tiada dosa.
p/s: kalau ada benda benda yang salah tulis atau fakta yg salah mintak tegur lah aku.

Friday 22 March 2013

Tips : Cara Mengurangkan Kepanasan Dunia

Assalamualaikum.
cheq bg salam tu harap sudi la hampa nak jawab. tak sudi pon takpa. (tapi bukan jawab salam tu wajib ke?)

cut the crap Alin.

saya sebagai anak jati Taiping yakni kawasan yang nisbah hujannya sangat tinggi merasakan seperti culture shock bila duduk dekat Arau nih. dekat Arau nih, perghhh panas dia sangat tak boleh blah. senang explain panaih la dok dekat Arau ni. namun sebagai student dan juga manusia, cheq teruihkan jugak pengajian cheq. so cara untuk aku mengurang kan kepanasan dunia nih adalah dengan.


tu jelah cara yang senang untuk aku mengurangkan rasa panas aku, nak dok depan kipas, kipas pon macam kura kura. :/ ni lebih kurang macam tips la untuk hampa hampa sekalian. tapi untuk panas dunia jelah, panas akhirat mintak maaf la noh, cheq tak dapat nak tolong. :P

p/s: kalau hampa ada cara hampa mengurangkan panas, bagitau lah aku, nanti aku boleh try cuba. :D